Wednesday, February 28, 2007

Hentikanlah PLKN

Paper kelmarin cite pasai seorang lagi pelatih mati . Sebelum ni banyak dah kes. Antaranya mati sesak nafas, dirogol, dirasuk, perabot kem disita, bas pelatih tidak datang dan banyak lagi la kes.

Ada satu kem di Perak berhampiran pantai. Sebelah kem tu ada kilang pemprosesan ayam yg mashyur di Malaysia( pernah terjadi kontroversi). So setiap hari pelatih menikmati pencemaram bau yg nyaman. Udahla udaranya hangat & kemudahan asas di sana tidak memuaskan.

Dengar cite dari sapa? Adik aku yg pi IPP tu pernah menjadi instructor kat sana. Pas tu dapat KPLI. Terlepaslah dia dr mengalami suasana yg tak selesa tuh.

So rentikanlah PLKN. Hentikanlah Lee Lam Thye, Rosmah Mansor dan kroni2 lain mendapat kontrak PLKN

Tak guna jika setiap kali siri latihan diadakan pelbagai masalah timbul. Lagipun PLKN ni menghabiskan boreh je… Udahlah boreh kat Malaysia tak cukup hingga terpaksa diimport dari negara lain...

Dia nafi plak...

2 minggu lalu dia keluaq kenyataan hapuskan bacaan doa di Tabika. La ni dia nafi plak? Sapa bohong? Kalu media bohong samanlah suma paper yg siarkannya kenyataannya.

Mungkin dia baik hati cam big boss. Walaupun menafikan membelinya tapi tak menuntut akhbar turki tu menarik balik atau memohon maaf.

Siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama jadi menteri

Tuesday, February 13, 2007

Siapa bodoh?

'Myvi untuk pemohon MyKad satu idea bodoh'


PUTRAJAYA: Kerajaan menarik balik semua cabutan bertuah termasuk hadiah utama sebuah kereta Perodua Myvi untuk pemohon MyKad, kata Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad hari ini.

Menyifatkan langkah untuk memberikan hadiah bagi permohonan kad pengenalan sebagai "suatu tindakan bodoh", beliau berkata kesemua hadiah termasuk kereta berkenaan akan didermakan kepada rumah anak yatim.

"Nak kena upah. Nak tukar MyKad kena buat cabutan bertuah baru orang ramai nak datang. Itu semua mengarut," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan kementerian di ibu pejabat Jabatan Imigresen di sini.

"Ia satu tindakan bodoh untuk menawarkan sesuatu kepada rakyat Malaysia supaya hadir dan menukar MyKad," katanya.

Beliau berkata rakyat Malaysia sepatutnya lebih bertanggungjawab dan jujur serta ikhlas untuk mendapatkan kad pengenalan mereka, satu dokumen diri yang amat penting.

Ditanya tidakkah kerajaan takut akan dilabel sebagai "penipu" kerana menarik balik cabutan bertuah berkenaan, Radzi berkata: "Kami tidak berbohong. Kami hanya meminta orang ramai melupakannya (cabutan bertuah).

Pada Ogos 2005, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri sebelum ini Datuk Seri Azmi Khalid mengumumkan cabutan bertuah yang meliputi hadiah bernilai sejumlah RM300,000 dan satu hadiah utama RM50,000 Perodua Myvi kepada 16 juta pemilik MyKad dan pemohon sebelum 30 Nov 2005.

Azmi berkata kerajaan bercadang melaksanakan cabutan bertuah untuk menggalakkan dua juta rakyat Malaysia yang belum memiliki MyKad untuk memohonnya dan tidak menunggu sehingga tarikh tamat pada 31 Dis 2005.

Dua cabutan bertuah dilakukan pada penghujung September dan Oktober 2005 menawarkan sebanyak 80 hadiah bernilai RM100,000 setiap bulan. Hadiah berkenaan termasuk sebuah skuter Suzuki 150cc bernilai RM6,500 setiap satu, televisyen 29inci, kamera digital, komputer peribadi dan telefon bimbit.

Bagaimanapun cabutan bertuah terakhir yang sepatutnya dilakukan pada penghujung November 2005, yang menawarkan 80 hadiah bernilai RM100,000 dan hadiah utama, tidak pernah diadakan sehingga hari ini.

Cabutan bertuah berkenaan dilakukan secara digital dan hadiah dihantar kepada pemenang berdasarkan alamat yang tertera pada MyKad mereka.

Cabutan bertuah itu tidak melibatkan kewangan kerajaan kerana ia ditaja oleh satu konsortium syarikat yang membekalkan perkakasan dan perisian MyKad.

Radzi, yang ditanya sama ada Kabinet tahu berhubung keputusannya untuk menarikbalik cabutan bertuah berkenaan, hanya mendiamkan diri apabila ditanya mengenainya.

Beliau berkata sejumlah 500,000 rakyat Malaysia belum lagi memohon MyKad sehingga hari ini dan kebanyakan mereka terdiri daripada penghuni pusat serenti, hospital bahagia dan warga tua. BERNAMA


soalan saya:-
- siapa punya idea nak buat peraduan ni?Apsal tetiba tak nak bagi hadiah? IRIS tu bangkrap dah?
- so dah terang lagi bersuluh yg menteri kita ni auta saja. Patutkah pengundi Kangar menyokongnya lagi? Patutkah menteri ni dikekalkan lagi jawatan?












p/s: Siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama jadi menteri

terkini:
Dua menteri yg penipu

Wednesday, February 7, 2007

Rasuah zaman Pak Lah

Bukti-bukti tentang wujudnya ‘RASUAH’

1. Projek binaan MRR2 . Harga Kos Pembinaan ialah RM238.8juta. Kerajaan terpaksa menampung kos baikpulih kepada pakar dari Jerman berjumlah RM 70 juta walaupun telah disahkan bahawa kerosakkan tersebut berpunca dari faktor rekabentuk yang tidak sesuai. Kenapa kerajaan yang membayar kos baik pulih tersebut?

2. Pusat Latihan Tentera Laut yang berharga RM198 juta.Baik pulih kerosakkan ialah RM13 juta . Baik pulih ini sepatutnya ditanggung oleh pihak kontraktor.Kenapa pihak kerajaan yang membayar kos baik pulih tersebut?

Kontraktor yang sama ini juga telah dianugerahkan pula suatu projek bernilai RM320 juta oleh Bank Negara.

3. Kos Asal pembinaan Bangunan Matrade ialah RM167 juta. Kos siap setelah 9 tahun lewat ialah RM287 juta. Kontraktor berkenaan , Peransang Antarabangsa Sdn Bhd adalah anak syarikat Kumpulan Hartanah Selangor Bhd.(K.Hartanah) merupakan sebuah syarikat pelaburan kerajaan N.Selangor. Pada Julai 2004, K.Hartanah telah menjual Perangsang kepada Tajuk Modal Sdn Bhd dengan nilai RM2. Pengarah Tajuk Modal ialah Chong Sang dan Yap Fook Sang.Mengapa syarikat kepunyaan negeri Selangor ini boleh dijual kepada dua orang bangsa cina tersebut? Ada apa kaitannya?

artikel penuh di sini

Adakah ini membuktikan kecekapan kerajaan sekarang?

Tuesday, February 6, 2007

Alasan SPR

Surat Setiausaha SPR, Dato' Kamaruzaman Mohd Noor, bertarikh 15 Januari lalu, kepada Pengerusi Badan Penggerak Demokrasi, Mohamad Sabu, yang juga Naib Presiden PAS, terhadap tuntutan awal tiga pembaharuan khusus berkaitan daftar pemilih dan pengundian. Syukur, sekurang-kurangnya SPR tidak meneruskan tradisi bisu Abdullah-Najib, walaupun jawapannya tidak memuaskan.

Kamaruzaman memaklumkan bahawa desakan yang terkandung dalam surat Mohamad Sabu bertarikh 4 September 2006 telah dibawa ke mesyuarat khas SPR, yang diadakan pada bulan Disember 2006 dan keputusan mesyuarat itu seperti berikut:

Tuntutan Pertama: Rakyat yang berumur 21 tahun secara automatik dijadikan sebagai pengundi berdaftar.

Jawapan SPR: Suruhanjaya ini berpendapat bahawa urusan mendaftarkan rakyat berumur 21 tahun ke atas sebagai pemilih secara automatik adalah kurang sesuai. Ini kerana terdapat sebahagian rakyat Malaysia yang telah berpindah tempat bermastautin tetapi tidak membuat permohonan pertukaran alamat dengan Jabatan Pendaftaran Negara. Jika SPR mendaftarkan mereka di alamat yang tertera dalam kad pengenalan pada hal mereka sudahpun berpindah ke satu alamat baru, maka pemilih tersebut sudah tentu tidak mengetahui di manakah tempat pengundian mereka. Akibatnya, pada hari mengundi tidak ramai pemilih berdaftar yang akan keluar mengundi sehingga menyebabkan peratusan pengundian akan berkurangan. Perkara ini sama sekali tidak menggambarkan keadaan sebenar pemilihan sesebuah kerajaan dalam sesuatu pilihan raya.


Alasan x leh pakai. Kan rang daftar pemilih akan dipamerkan untuk bantahan? Kalu takde nama boleh hubungi SPR negeri. Kalu korang x check nama tempat pengundi tu salah korang bukan SPR. Kalu takde masa kan bleh check kat website SPR. Apa la punya alasan...

Tuntutan Kedua: Mewajibkan penggunaan dakwat-tanda ke atas jari para pengundi yang telah mengundi.

Jawapan SPR: Suruhanjaya ini mengambil maklum cadangan untuk menggunakan dakwat-tanda ke atas jari pengundi bagi membuktikan seseorang pengundi itu telah keluar mengundi. Bagaimanapun, SPR sedang meneliti beberapa alternatif lain seperti penggunaan cap jari pada daftar pemilih atau biometriks sebagai pengesahan bahawa seseorang pemilih itu telahpun mengundi.

Kalu guna biometriks mahai sangat kos dia. Lagipun ianya terdedah kepada unsur pengkhianatan lagi. Guna dakwat jari kan mudah! Murah lagi. Kalu boleh jimat sampai RM100 juta kan bleh bagi buku teks percuma kepada semua pelajar?

Tuntutan Ketiga: Penghapusan pengundian secara pos.

Jawapan SPR: Suruhanjaya ini memutuskan bahawa pengundian pos akan terus dikekalkan kerana ia merupakan amalan sejagat antarabangsa. Selain itu, urusan pengundian pos dibuat secara telus tanpa dipengaruhi mana-mana pihak. Andainya ada pihak-pihak yang meragui keputusan undi pos, maka perkara tersebut hendaklah dibawa melalui petisyen pilihan raya. Untuk makluman tuan, sehingga kini belum ada tohmahan mengenai penyelewengan undi pos yang dapat dibuktikan melalui proses keadilan di mahkamah.

Kalu amalan sejagat pun tapi tak telus buat apa nak ikut? Jamin ka ketelusan kalu wakil calon bertanding tak dibenarkan melihat proses pengundian dalam kem/balai? Yang indonesia & India guna dakwat kat jari tak antarabangsa lagi? tak nak plak ikut
Tak boleh ka tok bon mengundi secara terbuka? Depa menjaga tempat undi tapi kena mengundi dalam balai?


artikel penuh bertajuk Menunggu perhimpunan 100,000 untuk bawa mesej Batu Talam

Thursday, February 1, 2007

Tradisi Membela Rakyat?



TPM berjanji akan mengkaji penurunan harga minyak. Apa nak kaji lagi Dato'. Umumkan hari ni esok turun harga. Selesai. Kalu naik balik harga, umum la plak naik harga. Susah ke?

Jangan bimbang! kami tak macam Indonesia yg rakyatnya bangkit merusuh bila harga minyak naik. Kami cuba berdemo je. Lagipun kalu nampak meluat tengok kami berdemo hantarlah FRU untuk menyuraikannya. Jangan bimbang! Kami tak melawan punya.

Masa naik harga kata terpaksa tanggung subsidi kepada rakyat. Duit subsidi digunakan untuk rakyat semula. Kalu harga minyak turun, subsidi bagi kat sapa? PMB?


p/s: Mungkinkah ini satu lagi contoh tradisi membela rakyat?