Tuesday, July 17, 2007

Akhirnya Nat bebas...

Nat akhirnya dibebaskan. Moga pas ni kalu nak dakwa ikut la prosedur(gentleman/gentlewoman la). Kan negara ni negara undang2?

- Hingaq sangat, depa tak larat dah kurung Nat..
- They let Nat out!
- We Are Malaysian. Adakah ?

Wednesday, June 27, 2007

Contoh Islam Hadhari?

Mstar hari ini menyiarkan kecaman MP BN terhadap KBS atas isu seksi gadis litar. Anda semua boleh lihat di sini. Saya dah tengok dah(tengok je. bukan pedo(teliti) tau). Ada 2 page gambar yg amatlah tak wajar(haram). Carik sendiri

Takpelah. Pas ni

- iklan Japan GT(kat tv. tak cukuplah dengan depa sebuat apa kabar 2,3 kali je) nanti masukkanlah aksi hot pant/bikini gadis2 litar jepun nih
- salah satu beza islam hadhari(had hari) dengan islam sebenar ialah gadis2 litar ni dibenarkan beraksi habih seksi(tahun depan londeh semua?). Kalau islam sebenar dah tentu diharamkan


P/s: tak taulah kalu agamawan(ustaz) yg sokong alif min nun wau tak nampak benda nih. Sedangkan penceramah tanpa tauliah pun ditangkap inikan pula yg "berpakaian menyeksa orang". Tak boleh tangkap depa pasai depa kaf pa ya ra? Tangkap pengelola pertandingan kerana membenarkan depa berpakaian tak senonoh. Ada berani?

Bacaan tambahan
- Kerajaan biarkan majlis rasmi bergelumang arak dan peraga gadis seksi,
- Kementerian Belia dan Sukan Islam Hadhari Halalkan Pakaian Menjolok Mata

Monday, May 14, 2007

Segalanya mengenai ISA

Kenapa ISA zalim?

* menahan dan memenjara aktivis tanpa bicara
* merampas hak kebebasan aktivis
* mencabul hak asasi manusia seorang aktivis
* menafikan hak aktivis membela diri di mahkamah terbuka
* menzalimi isteri, anak-anak, keluarga dan rakan-rakan aktivis
* memaksa aktivis untuk akur hidup dalam penjara walaupun tidak pernah disabitkan dengan sebarang kesalahan
* melanggar prinsip bahawa aktivis tidak bersalah sehingga dibuktikan ia bersalah di mahkamah terbuka
* memenjarakan aktivis dengan niat jahat (mala fide) mereka-reka alasan penahanan
* Setiap aktivis hendaklah betul-betul yakin bahawa kezaliman ISA adalah kerana ia melanggar prinsip-prinsip di atas.
* Jika aktivis tidak sedikit disentuh sekali pun oleh SB semasa tahanan 60 hari atau telah dilayan dengan baik sepanjang ditahan di Kem Kamunting, ISA tetap zalim kerana ia mencabul prinsip-prinsip di atas!
Jangan sekali-kali keliru!

Bagaimana ISA menzalimi mangsa?

* menahan aktivis selama 60 hari untuk disoal-siasat oleh SB tanpa diberi ruang untuk berhubung dengan peguam atau anggota keluarga
* memenjara aktivis selama 2, 4, 6, 8, 10, 12 tahun atau lebih di Kem Kamunting di atas kuasa Menteri Keselamatan Dalam Negeri
* Tindakan pertama dilakukan di bawah Seksyen 73, ISA dan tindakan kedua diambil di bawah Seksyen 8, ISA.

Apa jadi semasa tahanan 60 hari?

* aktivis dibawa ke lokasi rahsia
* aktivis dikurung di sebuah sel yang sunyi, kotor lagi menakutkan
* aktivis terpaksa berdepan dengan SB yang ganas dan buas!
* aktivis disoal-siasat berjam-jam
* aktivis dihalang tidur, rehat dan melakukan ibadah-ibadah tambahan
* aktivis dibogelkan
* aktivis dipaksa melakonkan adegan seks
* aktivis dipaksa berjalan itik, lompat katak atau berenang di atas lantai yang kering! * aktivis diludah muka, dipaksa telan air ludah SB atau menghirup air yang dicurahkan di atas lantai
* aktivis dipukul, diterajang, dibelasah dan diseksa dengan dicucuh badan dengan puntong rokok dan lain-lain
* aktivis diliwat dengan sejenis objek atau alat
* aktivis diancam untuk diliwat oleh SB
* aktivis dipaksa membuat pengakuan dan kerjasama serta menandatangani beberapa dokumen palsu!

Apa jadi semasa ditahan di Kem Kamunting?


* aktivis dipenjara tanpa bicara
* aktivis dituduh dengan tuduhan yang direka-reka
* aktivis dipaksa hidup seperti orang salah
* aktivis dipaksa patuh dengan peraturan penjara
* aktivis dirampas hak untuk membela diri
* aktivis dikurung sekali lagi bersendirian dalam sel sunyi
* aktivis dipaksa menjalani program pemulihan
* aktivis didesak untuk mengaku menyesal, sedar kesalahan yang 'dilakukan' dan insaf serta tidak mahu mengulangi 'kesilapan' silam!
* aktivis ditekan agar tunduk kepada kehendak Putrajaya dan Bukit Aman
* aktivis didesak agar tidak akan aktif dalam politik atau aktivisme sosial tetapi sebaliknya menumpu dalam membangunkan kerjaya dan keluarga semata-mata!
* aktivis didesak untuk tidak menentang Umno-BN
* aktivis dipujuk untuk menyokong Umno-BN
* aktivis dipujuk dan didesak untuk menjadi ahli Umno.

Apa yang tidak benar tentang pembebasan ISA?


* 'bekerjasama' dan membuat pengakuan di hadapan SB semasa soal-siasat 60 hari
* berkelakuan baik dan mematuhi semua peraturan semasa di Kem Kamunting
* patuh kepada arahan dan mengikuti semua program pemulihan di Kem Kamunting
* patuh kepada nasihat dan percaya sepenuhnya dengan apa yang diberitahu serta janji-janji *SB yang datang setiap tiga bulan menemui aktivis di Kem Kamunting membuat rayuan dan mengaku sudah insaf kepada Lembaga Penasihat semasa berada di Kem Kamunting bagi tujuan agar dibebaskan
* tunduk dan melutut kepada kehendak Putrajaya dan Bukit Aman

Apa yang benar tentang pembebasan ISA?

*meningkatnya tekanan masyarakat antarabangsa khususnya melalui badan-badan hak asasi manusia
* dimartabatkan oleh Amnesty International sebagai Prisoner of Conscience dan oleh Islamic Human Rights Commission (London) sebagai Prisoner of Faith
* meluasnya tekanan dan tuntutan rakyat tempatan
* semakin semaraknya kempen-kempen yang menuntut pembebasan aktivis
* pendedahan pembohongan dan penipuan pemerintah ke atas aktivis
* terus mencabar keputusan dan tindakan pemerintah menahan aktivis di mahkamah
* Isteri, anak-anak dan keluarga bangkit lawan.

Apa yang mesti aktivis lakukan?

Aktivis mesti bangkit melawan dan jangan sekali-kali duduk diam untuk menanti kebebasan percuma! Aktivis hendaklah:

* bantu GMI gerak dan jayakan kempen di peringkat tempatan dan antarabangsa
* hantar memorandum kepada Suhakam
* keluarkan kenyataan akhbar
* tulis dan terbitkan buku
* tulis dan siarkan rencana dalam media alternatif
* galakkan isteri dan anak-anak untuk memberi kerjasama sepenuhnya dan berganding tenaga bersama-sama GMI
* galakkan isteri ditemubual oleh media antarabangsa dan media alternatif tempatan
* galakkan isteri dan anak-anak untuk bertemu atau 'ambush' Perdana Menteri dan menteri-menteri tertentu
* lancarkan mogok lapar
* beri sokongan untuk isteri, anak-anak dan rakan-rakan lancarkan mogok lapar serentak di luar.

Apa yang mesti aktivis yakini?

* ISA bukan untuk keselamatan negara. ISA digunakan hanya bagi melindungi kuasa politik Umno-BN
* ISA adalah senjata politik Umno-BN untuk menumpaskan lawan politik mereka. Satu-satunya cara untuk berdepan dengan ISA adalah lawan secara politik
* Jangan takut kepada ISA! Kerana takut itulah yang Umno-BN mahukan daripada rakyat!

artikel sepenuhnya terdapat di sini

Sunday, May 13, 2007

Sejak bila aku tak sokong UMNO ?

Aku mula tak mengundi UMNO pada pilihanraya 1998. Ada sebab utama kenapa aku berbuat demikian. Padahal sebelumnya aku adalah UMNO totok.

Apabila tanah Felda Sungai Buaya dijual pada 1994 & penerokanya menjadi jutawan, tempiasnya terkena pada kampung aku. Kampung aku juga felda terletak di sempadan Perak Selangor(tak jauh dr Sg Buaya).

Masa itu berbagai2 janji ditaburkan. Setiap peneroka akan mendapat RM1.2 juta, banglo sebijik & pelbagai janji2 manis. Semenjak dr Ramli Ngah Talib hinggalah Tajol Rosli Ghazali(MB Perak) rancangan itu tidak pernah berjaya.

Dalam tahun 1997-1998 mula terdengar bagaimana peneroka Sg Buaya merasakan diri mereka tertipu. Mereka hanya mendapat bayaran 10% drpd jumlah jualan. Selepas beberapa bulan menerima bayaran tetap RM1 ribu sebulan pembeli(pemaju Bdr Sungai Buaya) mula tidak membuat bayaran.

Ketika perjanjian ditandatangani pun timbul beberapa kecurigaan. Agreement jualan ditandatangani secara tergesa2. Anak2 peneroka tidak dibenarkan menyemak kandungan perjanjian yg ditulis dlm bahasa Inggeris. Akibat duit lesap & tanah tergadai.

Apa boleh buat? Org tengah yg paling berjasa hasil perjanjian itu ialah MB Selangor yg kini menjawat Ketua Penerangan UMNO. Dia juga yg heboh dengan 2 beg penuh berisi duit di Australia.

Pilihanraya 1998 berlalu tanpa tiada pembelaan terhadap nasib 363 peneroka Sg Buaya. Hingga sekarang impian mereka yang nak jadi jutawan kini jadi tak ketahuan.

Dari sini aku mula nampak.

- UMNO bongkak akibat terlalu lama berkuasa. Kesian sungguh pada peneroka felda(felda lain2 semuanya sama) Sg Buaya yg totok UMNO. Yg menipu mereka ialah pemimpim yg mereka sokong. Dulu, kini selamnya.
- dalam UMNO jangan bimbang anda akan dijel.Selagi anda tak melawan(pandai ampu gak) boss, anda selamat.
- org masuk UMNO sekarang kerana nak duit. Semakin tinggi jawatan anda makain banyaklah ganjaran yg diterima. Dari kain pelikat, kain batik, kopi, gula & beras sekampit hinggalah wang berjuta. Asalkan anda tetap menyokong UMNO.

Beza UMNO(zaman tun Razak) dulu ngan UMNO(zaman TDM & AAB) sekarang.


- dulu UMNO bg tanah. la ni dahla jual tanah melayu(termasuklah kes tanah Ali baba), tanah rizab melayu yg hilang(dijual) tak digantikan semula.

- dulu pemimpin berjuang untuk rakyat. Berapa harta TAR & tun Razak bila depa mati? Berapa pula harta TDM bila pencen?Bagaimana anak2 beliau. AAB toksah cakap la. Naik2 dia, anak terus jd jutawan.

- UMNO dulu cukup pantang kalu dengar murtad. W/p aku tak solat, tp jangan ada org cakap aku murtad. Aku sanggup berdemo membantah murtad( kes Natrah). la ni? kes Lina Joy. Ada UMNO nak merusuh besar2an cam kat Singapura dulu...

p/s: Aku tak nampak camna UMNO sekarang ni bela nasib Melayu. Isu Maybank, WPI calon BN di Ijok dll menunjukkan bahawa UMNO banyak mengenetepi Melayu.
Tentang mendaulatkan islam lagilah tak nampak. Tera Majlis Fatwa Kedah mengharamkan rokok & Mufti Perak kata SureHeboh(kini JomHeboh) haram pun tak ikut.

Aku boleh sokong UMNO jika aku nampak at least UMNO tolong org Melayu. Jangan Melayu akan semakin layu di bumi(asal nama Tanah Melayu. Apsal tukar Malaysia?) jadi sendiri. Kalu ikut kata Sang Kelembai yg tinggal Melayu kat negara ini cuma KTM. Itupun pengerusinya cha ya nun alif.

Sunday, April 29, 2007

Tahniah atas kemenanganmu Be End!

Keputusan telahpun diketahui. Ingatlah walaupun korang menang kami takkan putus asa. Gunalah cara apa pun. Ugutan, provokasi,rasuah, undi hantu, SPR dll. Lawan tetap lawan.

Mungkin telah tiba masanya kita mempertimbangkan untuk memulaukan PRU12 nanti. Kita cuma bertanding di Kelantan, Terengganu & Kedah? Kita mobilisasikan semua jentera BA seluruh negara ke negeri tersebut sahaja. Negeri-negeri lain kita serahkan pada DAP.

At least DAP boleh gak mengukur pengaruhnya pada pengundi Cina di bandar & pengundi Melayu di luar bandar. Adakah selama ini mereka menyokong DAP kerana mereka bersama BA? Adakah pengundi melayu menyokong mereka?

“Barangsiapa yang Allah mahukan dirinya berada dalam kebaikan, nescaya akan diujinya dengan beberapa kesusahan” - Al-Bukhari dan Muslim

Wednesday, March 28, 2007

ISA tak sama Guantanamo?


‘ISA tak sama Guantanamo’


Alasannya

- "Setiausaha Agung Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan bekas Presiden Amerika, Bill Clinton pernah mencadangkan Pusat Tahanan Teluk Guantanamo itu ditutup tetapi kita tidak pernah mendengar perkara sama digesa ke atas pusat tahanan ISA
Nak suruh org luar tutup baru kita nak tutup? Tu yang henti bantuan SAR tu ada kelentong suruh tutup(yg kita tahu la..)? Ooo. Kalu org luar tak suruh tak yah buat?.

- "Pelbagai badan hak asasi manusia seluruh dunia juga mendesak supaya kem tahanan Guantanamo ditutup, tetapi tidak ada pula kedengaran desakan serupa oleh mereka supaya ISA dihapuskan," katanya di Dewan Rakyat, semalam.
GMI, NGO lain dan parti pembangkang menggesa ISA dihapuskan tak nak dengar? Nak suruh Amerika gak suruh tutup baru nak tutup? Besar sungguh pengaruh Amerika kat kita ye. Sampai bleh arah2 lagi...

Mengenai 2 rakyat Malaysia yg diISAkan di Guantanamao
Malaysia sentiasa menggunakan kebijaksanaannya supaya mereka dibicarakan dengan adil dan kita akan terus memantau perkembangan berhubung isu penahanan dan mengikuti perbicaraan dua rakyat Malaysia itu," katanya menjawab soalan asal Kok mengenai bilangan warga Malaysia yang pernah dan sedang ditahan di Teluk Guantanamo.
Bijak la tu. Amerika guna ISA cam kita guna. Camna nak harap perbicaraan adil kat sana? Dunia tak dibenarkan mengikuti perbicaraan mereka. Apa usaha Malaysia sekarang ni ye dalam isu ni?

ISA tak sama Guantanamo?
- ISA kat Malaysia & Guantanamao kat Cuba
- ISA dibuat oleh kerajaan Malaysia(baca UMNO), Guantanamao oleh AS
- ISA pendokong islam(fasiqun,zalimun, kafirun?), Guantanamao oleh kafirun.

Yang samanya?
- Dua-duanya zalim. Tahan tanpa bicara. Tahanan tak dibenarkan membela diri