Surat Setiausaha SPR, Dato' Kamaruzaman Mohd Noor, bertarikh 15 Januari lalu, kepada Pengerusi Badan Penggerak Demokrasi, Mohamad Sabu, yang juga Naib Presiden PAS, terhadap tuntutan awal tiga pembaharuan khusus berkaitan daftar pemilih dan pengundian. Syukur, sekurang-kurangnya SPR tidak meneruskan tradisi bisu Abdullah-Najib, walaupun jawapannya tidak memuaskan.
Kamaruzaman memaklumkan bahawa desakan yang terkandung dalam surat Mohamad Sabu bertarikh 4 September 2006 telah dibawa ke mesyuarat khas SPR, yang diadakan pada bulan Disember 2006 dan keputusan mesyuarat itu seperti berikut:
Tuntutan Pertama: Rakyat yang berumur 21 tahun secara automatik dijadikan sebagai pengundi berdaftar.
Jawapan SPR: Suruhanjaya ini berpendapat bahawa urusan mendaftarkan rakyat berumur 21 tahun ke atas sebagai pemilih secara automatik adalah kurang sesuai. Ini kerana terdapat sebahagian rakyat Malaysia yang telah berpindah tempat bermastautin tetapi tidak membuat permohonan pertukaran alamat dengan Jabatan Pendaftaran Negara. Jika SPR mendaftarkan mereka di alamat yang tertera dalam kad pengenalan pada hal mereka sudahpun berpindah ke satu alamat baru, maka pemilih tersebut sudah tentu tidak mengetahui di manakah tempat pengundian mereka. Akibatnya, pada hari mengundi tidak ramai pemilih berdaftar yang akan keluar mengundi sehingga menyebabkan peratusan pengundian akan berkurangan. Perkara ini sama sekali tidak menggambarkan keadaan sebenar pemilihan sesebuah kerajaan dalam sesuatu pilihan raya.
Alasan x leh pakai. Kan rang daftar pemilih akan dipamerkan untuk bantahan? Kalu takde nama boleh hubungi SPR negeri. Kalu korang x check nama tempat pengundi tu salah korang bukan SPR. Kalu takde masa kan bleh check kat website SPR. Apa la punya alasan...
Tuntutan Kedua: Mewajibkan penggunaan dakwat-tanda ke atas jari para pengundi yang telah mengundi.
Jawapan SPR: Suruhanjaya ini mengambil maklum cadangan untuk menggunakan dakwat-tanda ke atas jari pengundi bagi membuktikan seseorang pengundi itu telah keluar mengundi. Bagaimanapun, SPR sedang meneliti beberapa alternatif lain seperti penggunaan cap jari pada daftar pemilih atau biometriks sebagai pengesahan bahawa seseorang pemilih itu telahpun mengundi.
Kalu guna biometriks mahai sangat kos dia. Lagipun ianya terdedah kepada unsur pengkhianatan lagi. Guna dakwat jari kan mudah! Murah lagi. Kalu boleh jimat sampai RM100 juta kan bleh bagi buku teks percuma kepada semua pelajar?
Tuntutan Ketiga: Penghapusan pengundian secara pos.
Jawapan SPR: Suruhanjaya ini memutuskan bahawa pengundian pos akan terus dikekalkan kerana ia merupakan amalan sejagat antarabangsa. Selain itu, urusan pengundian pos dibuat secara telus tanpa dipengaruhi mana-mana pihak. Andainya ada pihak-pihak yang meragui keputusan undi pos, maka perkara tersebut hendaklah dibawa melalui petisyen pilihan raya. Untuk makluman tuan, sehingga kini belum ada tohmahan mengenai penyelewengan undi pos yang dapat dibuktikan melalui proses keadilan di mahkamah.
Kalu amalan sejagat pun tapi tak telus buat apa nak ikut? Jamin ka ketelusan kalu wakil calon bertanding tak dibenarkan melihat proses pengundian dalam kem/balai? Yang indonesia & India guna dakwat kat jari tak antarabangsa lagi? tak nak plak ikut
Tak boleh ka tok bon mengundi secara terbuka? Depa menjaga tempat undi tapi kena mengundi dalam balai?
artikel penuh bertajuk Menunggu perhimpunan 100,000 untuk bawa mesej Batu Talam
Tuesday, February 6, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment