Sunday, April 29, 2007

Tahniah atas kemenanganmu Be End!

Keputusan telahpun diketahui. Ingatlah walaupun korang menang kami takkan putus asa. Gunalah cara apa pun. Ugutan, provokasi,rasuah, undi hantu, SPR dll. Lawan tetap lawan.

Mungkin telah tiba masanya kita mempertimbangkan untuk memulaukan PRU12 nanti. Kita cuma bertanding di Kelantan, Terengganu & Kedah? Kita mobilisasikan semua jentera BA seluruh negara ke negeri tersebut sahaja. Negeri-negeri lain kita serahkan pada DAP.

At least DAP boleh gak mengukur pengaruhnya pada pengundi Cina di bandar & pengundi Melayu di luar bandar. Adakah selama ini mereka menyokong DAP kerana mereka bersama BA? Adakah pengundi melayu menyokong mereka?

“Barangsiapa yang Allah mahukan dirinya berada dalam kebaikan, nescaya akan diujinya dengan beberapa kesusahan” - Al-Bukhari dan Muslim