Wednesday, October 3, 2007

Demokrasi Malaysia

Demokrasi di Malaysia ialah daddy Lah yg kasi. Salah satu buktinya ialah ini


Dalam kes di UPM, seorang calon pro-mahasiswa yang menang PRK secara sah melalui PRK yang dikendalikan oleh HEP, dibuang kolej serta merta selepas disahkan menang!

Teringat kata George Bush. Either you are with us, or you are with the terrorists. Jadi jika tak menyokong Aspirasi anda adalah menyokong pembangkang. Maka bertepuk sorak kaki-kaki pengampu.Pirah!

Monday, October 1, 2007

Diharuskan mengumpat

Diharuskan mengumpat/mengata kepada pemerintah yang zalim. Jika kita tidak memberitahu kepada orang ramai maka kezaliman tersebut akan berterusan dan bermaharajalela.
Tak zalim ke jika

- kesalahan berzina hanya dikenakan 3,5,6? 3 bulan penjara, denda RM5 ribu dan 6 kali sebatan.
- ibu bapa Nurin akan didakwa cuai kerana kehilangan arwah. Udahlah depa hilang anak, kena dakwa plak pas ni. Polis lepas peluru hidup tak plak didakwa cuai. Adil ka?
- pemimpin yg jelas kemaksiatannya dikekalkan dalam jawatannya.

Thursday, September 20, 2007

Tahukah anda..


Menurut konvensyen Geneva, pihak keselamatan sepatutnya melepaskan terlebih dahulu tembakan peluru hidup (sebagai amaran) ke udara jika keselamatan mereka terancam. Selepas itu jika terpaksa menembak ke arah perusuh hendaklah menembak ke arah pinggang ke bawah. Sebaik-baiknya tembak ke arah kaki.

Dalam kes Batu Buruk:-
- tiada tembakan amaran ke udara dilepaskan.
- Suwandi di tembak di bahagian dada. Keadaannya diberitakan masih kritikal.

Membakar Jalur Gemilang memang menghina negara. Tapi bila hampir mematikan nyawa seorang rakyat Malaysia dengan tak mematuhi peraturan apa cerita plak?

sumber info dari sini

Tuesday, September 11, 2007

Rusuhan Kuala Terengganu II

Banyak sungguh berita tentang rusuhan ni. Kalu nak baca kat main media tak banyak sampai camni.
Klik mana-mana link untuk bacaan lanjut

- My Statement : Insiden Batu Buruk: Polis tembak Suwandi sambil berdiri - Saksi

- My Statement : Imej Polis kian baik dengan dua das tembakan peluru hidup?

- Peristiwa Hitam 9 September 09 / 09: Menteri Keselamatan Dalam Negeri Dan Ketua Polis Negara (KPN) Perlu Letak Jawatan Segera !

- Peluru Hidup?

- Kenyataan terbuka: Respon terhadap Rusuhan Polis di Batu Buruk

- Rusuhan: Provokasi UMNO Pertahankan Terengganu !

- Tanda pilihanraya semakin hampir

- Rakancop atau RakanUMNO

- Insiden Batu Buruk: Individu bakar bendera sedang dicari!

- Jika rusuhan dirancang pembangkang, mengapa tolak usul? - Salahuddin

- 'Polis kejar orang macam perhambat anjing'

- Peristiwa menembak di Batu Burok - penjelasan Bersih

- PAS Pahang desak tubuh Suruhanjaya Diraja siasat insiden Batu Buruk

- Insiden Batu Burok: PAS hantar memo ke Bukit Aman

- Cari Arkib Berita Najib Membakar Bendera Malaysia

- Bapa tidak percaya anak bertindak ganas terhadap polis

- Kronologi peristiwa Polis Tembak orang awan di Terengganu versi BERSIH

- Kronologi peristiwa Polis Tembak orang awan dengan peluru hidup di Terengganu

- Gambar Mangsa keganasan Polis dan FRU

- Kenyataan Pendana Menteri Paling Bodoh untuk 2 bulan ini

- Siapa Yang Bakar Jalur Gemilang?

Jika ada broken link sila bagi tau saya. Mungkin kekadang links ke Harakadaily & Tranungkite kekadang down akibat terlalu banyak hits. Seperti 1,2 hari lepas.

Pas ni Rusuhan Kuala Terengganu III. Cukuplah walaupun banyak lagi berita mengenainya. Tak larat teman nak bookmark & buat link kepadanya.

Sunday, August 5, 2007

Antara monyet, goblok & biadap

Siapa monyet, goblok atau biadap?

Kami(bloggers) dipanggil monyet dan goblok. Tak bolehkah saya memanggil org yg masuk ke rumah saya tanpa mempedulikan saya sebagai biadap?

Keramat hidup pun boleh kecik hati, inikan pula aku yg berdarah muda. Kalaulah aku kena camni jangan harap aku nak bagi tanah tu senang-senang.

Lancar jambatan konkrit, putus jambatan kasih

keramat hidup -
org yg semasa dikasihi masyarakat kerana budi pekertinya dan lain2 kelebihan amalan kebaikannya(seperti sukar memarahi org dsbnya)

Tuesday, July 17, 2007

Akhirnya Nat bebas...

Nat akhirnya dibebaskan. Moga pas ni kalu nak dakwa ikut la prosedur(gentleman/gentlewoman la). Kan negara ni negara undang2?

- Hingaq sangat, depa tak larat dah kurung Nat..
- They let Nat out!
- We Are Malaysian. Adakah ?

Wednesday, June 27, 2007

Contoh Islam Hadhari?

Mstar hari ini menyiarkan kecaman MP BN terhadap KBS atas isu seksi gadis litar. Anda semua boleh lihat di sini. Saya dah tengok dah(tengok je. bukan pedo(teliti) tau). Ada 2 page gambar yg amatlah tak wajar(haram). Carik sendiri

Takpelah. Pas ni

- iklan Japan GT(kat tv. tak cukuplah dengan depa sebuat apa kabar 2,3 kali je) nanti masukkanlah aksi hot pant/bikini gadis2 litar jepun nih
- salah satu beza islam hadhari(had hari) dengan islam sebenar ialah gadis2 litar ni dibenarkan beraksi habih seksi(tahun depan londeh semua?). Kalau islam sebenar dah tentu diharamkan


P/s: tak taulah kalu agamawan(ustaz) yg sokong alif min nun wau tak nampak benda nih. Sedangkan penceramah tanpa tauliah pun ditangkap inikan pula yg "berpakaian menyeksa orang". Tak boleh tangkap depa pasai depa kaf pa ya ra? Tangkap pengelola pertandingan kerana membenarkan depa berpakaian tak senonoh. Ada berani?

Bacaan tambahan
- Kerajaan biarkan majlis rasmi bergelumang arak dan peraga gadis seksi,
- Kementerian Belia dan Sukan Islam Hadhari Halalkan Pakaian Menjolok Mata

Monday, May 14, 2007

Segalanya mengenai ISA

Kenapa ISA zalim?

* menahan dan memenjara aktivis tanpa bicara
* merampas hak kebebasan aktivis
* mencabul hak asasi manusia seorang aktivis
* menafikan hak aktivis membela diri di mahkamah terbuka
* menzalimi isteri, anak-anak, keluarga dan rakan-rakan aktivis
* memaksa aktivis untuk akur hidup dalam penjara walaupun tidak pernah disabitkan dengan sebarang kesalahan
* melanggar prinsip bahawa aktivis tidak bersalah sehingga dibuktikan ia bersalah di mahkamah terbuka
* memenjarakan aktivis dengan niat jahat (mala fide) mereka-reka alasan penahanan
* Setiap aktivis hendaklah betul-betul yakin bahawa kezaliman ISA adalah kerana ia melanggar prinsip-prinsip di atas.
* Jika aktivis tidak sedikit disentuh sekali pun oleh SB semasa tahanan 60 hari atau telah dilayan dengan baik sepanjang ditahan di Kem Kamunting, ISA tetap zalim kerana ia mencabul prinsip-prinsip di atas!
Jangan sekali-kali keliru!

Bagaimana ISA menzalimi mangsa?

* menahan aktivis selama 60 hari untuk disoal-siasat oleh SB tanpa diberi ruang untuk berhubung dengan peguam atau anggota keluarga
* memenjara aktivis selama 2, 4, 6, 8, 10, 12 tahun atau lebih di Kem Kamunting di atas kuasa Menteri Keselamatan Dalam Negeri
* Tindakan pertama dilakukan di bawah Seksyen 73, ISA dan tindakan kedua diambil di bawah Seksyen 8, ISA.

Apa jadi semasa tahanan 60 hari?

* aktivis dibawa ke lokasi rahsia
* aktivis dikurung di sebuah sel yang sunyi, kotor lagi menakutkan
* aktivis terpaksa berdepan dengan SB yang ganas dan buas!
* aktivis disoal-siasat berjam-jam
* aktivis dihalang tidur, rehat dan melakukan ibadah-ibadah tambahan
* aktivis dibogelkan
* aktivis dipaksa melakonkan adegan seks
* aktivis dipaksa berjalan itik, lompat katak atau berenang di atas lantai yang kering! * aktivis diludah muka, dipaksa telan air ludah SB atau menghirup air yang dicurahkan di atas lantai
* aktivis dipukul, diterajang, dibelasah dan diseksa dengan dicucuh badan dengan puntong rokok dan lain-lain
* aktivis diliwat dengan sejenis objek atau alat
* aktivis diancam untuk diliwat oleh SB
* aktivis dipaksa membuat pengakuan dan kerjasama serta menandatangani beberapa dokumen palsu!

Apa jadi semasa ditahan di Kem Kamunting?


* aktivis dipenjara tanpa bicara
* aktivis dituduh dengan tuduhan yang direka-reka
* aktivis dipaksa hidup seperti orang salah
* aktivis dipaksa patuh dengan peraturan penjara
* aktivis dirampas hak untuk membela diri
* aktivis dikurung sekali lagi bersendirian dalam sel sunyi
* aktivis dipaksa menjalani program pemulihan
* aktivis didesak untuk mengaku menyesal, sedar kesalahan yang 'dilakukan' dan insaf serta tidak mahu mengulangi 'kesilapan' silam!
* aktivis ditekan agar tunduk kepada kehendak Putrajaya dan Bukit Aman
* aktivis didesak agar tidak akan aktif dalam politik atau aktivisme sosial tetapi sebaliknya menumpu dalam membangunkan kerjaya dan keluarga semata-mata!
* aktivis didesak untuk tidak menentang Umno-BN
* aktivis dipujuk untuk menyokong Umno-BN
* aktivis dipujuk dan didesak untuk menjadi ahli Umno.

Apa yang tidak benar tentang pembebasan ISA?


* 'bekerjasama' dan membuat pengakuan di hadapan SB semasa soal-siasat 60 hari
* berkelakuan baik dan mematuhi semua peraturan semasa di Kem Kamunting
* patuh kepada arahan dan mengikuti semua program pemulihan di Kem Kamunting
* patuh kepada nasihat dan percaya sepenuhnya dengan apa yang diberitahu serta janji-janji *SB yang datang setiap tiga bulan menemui aktivis di Kem Kamunting membuat rayuan dan mengaku sudah insaf kepada Lembaga Penasihat semasa berada di Kem Kamunting bagi tujuan agar dibebaskan
* tunduk dan melutut kepada kehendak Putrajaya dan Bukit Aman

Apa yang benar tentang pembebasan ISA?

*meningkatnya tekanan masyarakat antarabangsa khususnya melalui badan-badan hak asasi manusia
* dimartabatkan oleh Amnesty International sebagai Prisoner of Conscience dan oleh Islamic Human Rights Commission (London) sebagai Prisoner of Faith
* meluasnya tekanan dan tuntutan rakyat tempatan
* semakin semaraknya kempen-kempen yang menuntut pembebasan aktivis
* pendedahan pembohongan dan penipuan pemerintah ke atas aktivis
* terus mencabar keputusan dan tindakan pemerintah menahan aktivis di mahkamah
* Isteri, anak-anak dan keluarga bangkit lawan.

Apa yang mesti aktivis lakukan?

Aktivis mesti bangkit melawan dan jangan sekali-kali duduk diam untuk menanti kebebasan percuma! Aktivis hendaklah:

* bantu GMI gerak dan jayakan kempen di peringkat tempatan dan antarabangsa
* hantar memorandum kepada Suhakam
* keluarkan kenyataan akhbar
* tulis dan terbitkan buku
* tulis dan siarkan rencana dalam media alternatif
* galakkan isteri dan anak-anak untuk memberi kerjasama sepenuhnya dan berganding tenaga bersama-sama GMI
* galakkan isteri ditemubual oleh media antarabangsa dan media alternatif tempatan
* galakkan isteri dan anak-anak untuk bertemu atau 'ambush' Perdana Menteri dan menteri-menteri tertentu
* lancarkan mogok lapar
* beri sokongan untuk isteri, anak-anak dan rakan-rakan lancarkan mogok lapar serentak di luar.

Apa yang mesti aktivis yakini?

* ISA bukan untuk keselamatan negara. ISA digunakan hanya bagi melindungi kuasa politik Umno-BN
* ISA adalah senjata politik Umno-BN untuk menumpaskan lawan politik mereka. Satu-satunya cara untuk berdepan dengan ISA adalah lawan secara politik
* Jangan takut kepada ISA! Kerana takut itulah yang Umno-BN mahukan daripada rakyat!

artikel sepenuhnya terdapat di sini

Sunday, May 13, 2007

Sejak bila aku tak sokong UMNO ?

Aku mula tak mengundi UMNO pada pilihanraya 1998. Ada sebab utama kenapa aku berbuat demikian. Padahal sebelumnya aku adalah UMNO totok.

Apabila tanah Felda Sungai Buaya dijual pada 1994 & penerokanya menjadi jutawan, tempiasnya terkena pada kampung aku. Kampung aku juga felda terletak di sempadan Perak Selangor(tak jauh dr Sg Buaya).

Masa itu berbagai2 janji ditaburkan. Setiap peneroka akan mendapat RM1.2 juta, banglo sebijik & pelbagai janji2 manis. Semenjak dr Ramli Ngah Talib hinggalah Tajol Rosli Ghazali(MB Perak) rancangan itu tidak pernah berjaya.

Dalam tahun 1997-1998 mula terdengar bagaimana peneroka Sg Buaya merasakan diri mereka tertipu. Mereka hanya mendapat bayaran 10% drpd jumlah jualan. Selepas beberapa bulan menerima bayaran tetap RM1 ribu sebulan pembeli(pemaju Bdr Sungai Buaya) mula tidak membuat bayaran.

Ketika perjanjian ditandatangani pun timbul beberapa kecurigaan. Agreement jualan ditandatangani secara tergesa2. Anak2 peneroka tidak dibenarkan menyemak kandungan perjanjian yg ditulis dlm bahasa Inggeris. Akibat duit lesap & tanah tergadai.

Apa boleh buat? Org tengah yg paling berjasa hasil perjanjian itu ialah MB Selangor yg kini menjawat Ketua Penerangan UMNO. Dia juga yg heboh dengan 2 beg penuh berisi duit di Australia.

Pilihanraya 1998 berlalu tanpa tiada pembelaan terhadap nasib 363 peneroka Sg Buaya. Hingga sekarang impian mereka yang nak jadi jutawan kini jadi tak ketahuan.

Dari sini aku mula nampak.

- UMNO bongkak akibat terlalu lama berkuasa. Kesian sungguh pada peneroka felda(felda lain2 semuanya sama) Sg Buaya yg totok UMNO. Yg menipu mereka ialah pemimpim yg mereka sokong. Dulu, kini selamnya.
- dalam UMNO jangan bimbang anda akan dijel.Selagi anda tak melawan(pandai ampu gak) boss, anda selamat.
- org masuk UMNO sekarang kerana nak duit. Semakin tinggi jawatan anda makain banyaklah ganjaran yg diterima. Dari kain pelikat, kain batik, kopi, gula & beras sekampit hinggalah wang berjuta. Asalkan anda tetap menyokong UMNO.

Beza UMNO(zaman tun Razak) dulu ngan UMNO(zaman TDM & AAB) sekarang.


- dulu UMNO bg tanah. la ni dahla jual tanah melayu(termasuklah kes tanah Ali baba), tanah rizab melayu yg hilang(dijual) tak digantikan semula.

- dulu pemimpin berjuang untuk rakyat. Berapa harta TAR & tun Razak bila depa mati? Berapa pula harta TDM bila pencen?Bagaimana anak2 beliau. AAB toksah cakap la. Naik2 dia, anak terus jd jutawan.

- UMNO dulu cukup pantang kalu dengar murtad. W/p aku tak solat, tp jangan ada org cakap aku murtad. Aku sanggup berdemo membantah murtad( kes Natrah). la ni? kes Lina Joy. Ada UMNO nak merusuh besar2an cam kat Singapura dulu...

p/s: Aku tak nampak camna UMNO sekarang ni bela nasib Melayu. Isu Maybank, WPI calon BN di Ijok dll menunjukkan bahawa UMNO banyak mengenetepi Melayu.
Tentang mendaulatkan islam lagilah tak nampak. Tera Majlis Fatwa Kedah mengharamkan rokok & Mufti Perak kata SureHeboh(kini JomHeboh) haram pun tak ikut.

Aku boleh sokong UMNO jika aku nampak at least UMNO tolong org Melayu. Jangan Melayu akan semakin layu di bumi(asal nama Tanah Melayu. Apsal tukar Malaysia?) jadi sendiri. Kalu ikut kata Sang Kelembai yg tinggal Melayu kat negara ini cuma KTM. Itupun pengerusinya cha ya nun alif.

Sunday, April 29, 2007

Tahniah atas kemenanganmu Be End!

Keputusan telahpun diketahui. Ingatlah walaupun korang menang kami takkan putus asa. Gunalah cara apa pun. Ugutan, provokasi,rasuah, undi hantu, SPR dll. Lawan tetap lawan.

Mungkin telah tiba masanya kita mempertimbangkan untuk memulaukan PRU12 nanti. Kita cuma bertanding di Kelantan, Terengganu & Kedah? Kita mobilisasikan semua jentera BA seluruh negara ke negeri tersebut sahaja. Negeri-negeri lain kita serahkan pada DAP.

At least DAP boleh gak mengukur pengaruhnya pada pengundi Cina di bandar & pengundi Melayu di luar bandar. Adakah selama ini mereka menyokong DAP kerana mereka bersama BA? Adakah pengundi melayu menyokong mereka?

“Barangsiapa yang Allah mahukan dirinya berada dalam kebaikan, nescaya akan diujinya dengan beberapa kesusahan” - Al-Bukhari dan Muslim

Wednesday, March 28, 2007

ISA tak sama Guantanamo?


‘ISA tak sama Guantanamo’


Alasannya

- "Setiausaha Agung Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan bekas Presiden Amerika, Bill Clinton pernah mencadangkan Pusat Tahanan Teluk Guantanamo itu ditutup tetapi kita tidak pernah mendengar perkara sama digesa ke atas pusat tahanan ISA
Nak suruh org luar tutup baru kita nak tutup? Tu yang henti bantuan SAR tu ada kelentong suruh tutup(yg kita tahu la..)? Ooo. Kalu org luar tak suruh tak yah buat?.

- "Pelbagai badan hak asasi manusia seluruh dunia juga mendesak supaya kem tahanan Guantanamo ditutup, tetapi tidak ada pula kedengaran desakan serupa oleh mereka supaya ISA dihapuskan," katanya di Dewan Rakyat, semalam.
GMI, NGO lain dan parti pembangkang menggesa ISA dihapuskan tak nak dengar? Nak suruh Amerika gak suruh tutup baru nak tutup? Besar sungguh pengaruh Amerika kat kita ye. Sampai bleh arah2 lagi...

Mengenai 2 rakyat Malaysia yg diISAkan di Guantanamao
Malaysia sentiasa menggunakan kebijaksanaannya supaya mereka dibicarakan dengan adil dan kita akan terus memantau perkembangan berhubung isu penahanan dan mengikuti perbicaraan dua rakyat Malaysia itu," katanya menjawab soalan asal Kok mengenai bilangan warga Malaysia yang pernah dan sedang ditahan di Teluk Guantanamo.
Bijak la tu. Amerika guna ISA cam kita guna. Camna nak harap perbicaraan adil kat sana? Dunia tak dibenarkan mengikuti perbicaraan mereka. Apa usaha Malaysia sekarang ni ye dalam isu ni?

ISA tak sama Guantanamo?
- ISA kat Malaysia & Guantanamao kat Cuba
- ISA dibuat oleh kerajaan Malaysia(baca UMNO), Guantanamao oleh AS
- ISA pendokong islam(fasiqun,zalimun, kafirun?), Guantanamao oleh kafirun.

Yang samanya?
- Dua-duanya zalim. Tahan tanpa bicara. Tahanan tak dibenarkan membela diri

Monday, March 5, 2007

Isu cikgu Joe

Aku teringin mengulas isu cikgu Joe(menggunakan panggilan Hasrul). Tapi takut gak bila bond kata nak siasat laman web yg siarkan isu ini. Bagi aku..

- cikgu Joe ni hanyalah salah satu scapegoat yg akan disembelih cam kes Eric Chia & Kasitah Gadam. Kan pilihanraya dah dekat?
- Pak Lah mesti membuat kenyataan tegas kerana Cikgu Joe merupakan timbalannya dalam Kementerian Dalam Negeri.
- Jika sungguh Cikgu Joe bersalah hukumlah dia. Tapi bolehkah dihukum rasuah sedangkan Ketua Pengarah BPR pun terpalit arang? Macam penyamun tipu penyangak(3 Abdul).
- Isu Ketua Pengarah BPR akan tenggelam kerana isu ini.

Wednesday, February 28, 2007

Hentikanlah PLKN

Paper kelmarin cite pasai seorang lagi pelatih mati . Sebelum ni banyak dah kes. Antaranya mati sesak nafas, dirogol, dirasuk, perabot kem disita, bas pelatih tidak datang dan banyak lagi la kes.

Ada satu kem di Perak berhampiran pantai. Sebelah kem tu ada kilang pemprosesan ayam yg mashyur di Malaysia( pernah terjadi kontroversi). So setiap hari pelatih menikmati pencemaram bau yg nyaman. Udahla udaranya hangat & kemudahan asas di sana tidak memuaskan.

Dengar cite dari sapa? Adik aku yg pi IPP tu pernah menjadi instructor kat sana. Pas tu dapat KPLI. Terlepaslah dia dr mengalami suasana yg tak selesa tuh.

So rentikanlah PLKN. Hentikanlah Lee Lam Thye, Rosmah Mansor dan kroni2 lain mendapat kontrak PLKN

Tak guna jika setiap kali siri latihan diadakan pelbagai masalah timbul. Lagipun PLKN ni menghabiskan boreh je… Udahlah boreh kat Malaysia tak cukup hingga terpaksa diimport dari negara lain...

Dia nafi plak...

2 minggu lalu dia keluaq kenyataan hapuskan bacaan doa di Tabika. La ni dia nafi plak? Sapa bohong? Kalu media bohong samanlah suma paper yg siarkannya kenyataannya.

Mungkin dia baik hati cam big boss. Walaupun menafikan membelinya tapi tak menuntut akhbar turki tu menarik balik atau memohon maaf.

Siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama jadi menteri

Tuesday, February 13, 2007

Siapa bodoh?

'Myvi untuk pemohon MyKad satu idea bodoh'


PUTRAJAYA: Kerajaan menarik balik semua cabutan bertuah termasuk hadiah utama sebuah kereta Perodua Myvi untuk pemohon MyKad, kata Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad hari ini.

Menyifatkan langkah untuk memberikan hadiah bagi permohonan kad pengenalan sebagai "suatu tindakan bodoh", beliau berkata kesemua hadiah termasuk kereta berkenaan akan didermakan kepada rumah anak yatim.

"Nak kena upah. Nak tukar MyKad kena buat cabutan bertuah baru orang ramai nak datang. Itu semua mengarut," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan kementerian di ibu pejabat Jabatan Imigresen di sini.

"Ia satu tindakan bodoh untuk menawarkan sesuatu kepada rakyat Malaysia supaya hadir dan menukar MyKad," katanya.

Beliau berkata rakyat Malaysia sepatutnya lebih bertanggungjawab dan jujur serta ikhlas untuk mendapatkan kad pengenalan mereka, satu dokumen diri yang amat penting.

Ditanya tidakkah kerajaan takut akan dilabel sebagai "penipu" kerana menarik balik cabutan bertuah berkenaan, Radzi berkata: "Kami tidak berbohong. Kami hanya meminta orang ramai melupakannya (cabutan bertuah).

Pada Ogos 2005, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri sebelum ini Datuk Seri Azmi Khalid mengumumkan cabutan bertuah yang meliputi hadiah bernilai sejumlah RM300,000 dan satu hadiah utama RM50,000 Perodua Myvi kepada 16 juta pemilik MyKad dan pemohon sebelum 30 Nov 2005.

Azmi berkata kerajaan bercadang melaksanakan cabutan bertuah untuk menggalakkan dua juta rakyat Malaysia yang belum memiliki MyKad untuk memohonnya dan tidak menunggu sehingga tarikh tamat pada 31 Dis 2005.

Dua cabutan bertuah dilakukan pada penghujung September dan Oktober 2005 menawarkan sebanyak 80 hadiah bernilai RM100,000 setiap bulan. Hadiah berkenaan termasuk sebuah skuter Suzuki 150cc bernilai RM6,500 setiap satu, televisyen 29inci, kamera digital, komputer peribadi dan telefon bimbit.

Bagaimanapun cabutan bertuah terakhir yang sepatutnya dilakukan pada penghujung November 2005, yang menawarkan 80 hadiah bernilai RM100,000 dan hadiah utama, tidak pernah diadakan sehingga hari ini.

Cabutan bertuah berkenaan dilakukan secara digital dan hadiah dihantar kepada pemenang berdasarkan alamat yang tertera pada MyKad mereka.

Cabutan bertuah itu tidak melibatkan kewangan kerajaan kerana ia ditaja oleh satu konsortium syarikat yang membekalkan perkakasan dan perisian MyKad.

Radzi, yang ditanya sama ada Kabinet tahu berhubung keputusannya untuk menarikbalik cabutan bertuah berkenaan, hanya mendiamkan diri apabila ditanya mengenainya.

Beliau berkata sejumlah 500,000 rakyat Malaysia belum lagi memohon MyKad sehingga hari ini dan kebanyakan mereka terdiri daripada penghuni pusat serenti, hospital bahagia dan warga tua. BERNAMA


soalan saya:-
- siapa punya idea nak buat peraduan ni?Apsal tetiba tak nak bagi hadiah? IRIS tu bangkrap dah?
- so dah terang lagi bersuluh yg menteri kita ni auta saja. Patutkah pengundi Kangar menyokongnya lagi? Patutkah menteri ni dikekalkan lagi jawatan?












p/s: Siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama jadi menteri

terkini:
Dua menteri yg penipu

Wednesday, February 7, 2007

Rasuah zaman Pak Lah

Bukti-bukti tentang wujudnya ‘RASUAH’

1. Projek binaan MRR2 . Harga Kos Pembinaan ialah RM238.8juta. Kerajaan terpaksa menampung kos baikpulih kepada pakar dari Jerman berjumlah RM 70 juta walaupun telah disahkan bahawa kerosakkan tersebut berpunca dari faktor rekabentuk yang tidak sesuai. Kenapa kerajaan yang membayar kos baik pulih tersebut?

2. Pusat Latihan Tentera Laut yang berharga RM198 juta.Baik pulih kerosakkan ialah RM13 juta . Baik pulih ini sepatutnya ditanggung oleh pihak kontraktor.Kenapa pihak kerajaan yang membayar kos baik pulih tersebut?

Kontraktor yang sama ini juga telah dianugerahkan pula suatu projek bernilai RM320 juta oleh Bank Negara.

3. Kos Asal pembinaan Bangunan Matrade ialah RM167 juta. Kos siap setelah 9 tahun lewat ialah RM287 juta. Kontraktor berkenaan , Peransang Antarabangsa Sdn Bhd adalah anak syarikat Kumpulan Hartanah Selangor Bhd.(K.Hartanah) merupakan sebuah syarikat pelaburan kerajaan N.Selangor. Pada Julai 2004, K.Hartanah telah menjual Perangsang kepada Tajuk Modal Sdn Bhd dengan nilai RM2. Pengarah Tajuk Modal ialah Chong Sang dan Yap Fook Sang.Mengapa syarikat kepunyaan negeri Selangor ini boleh dijual kepada dua orang bangsa cina tersebut? Ada apa kaitannya?

artikel penuh di sini

Adakah ini membuktikan kecekapan kerajaan sekarang?

Tuesday, February 6, 2007

Alasan SPR

Surat Setiausaha SPR, Dato' Kamaruzaman Mohd Noor, bertarikh 15 Januari lalu, kepada Pengerusi Badan Penggerak Demokrasi, Mohamad Sabu, yang juga Naib Presiden PAS, terhadap tuntutan awal tiga pembaharuan khusus berkaitan daftar pemilih dan pengundian. Syukur, sekurang-kurangnya SPR tidak meneruskan tradisi bisu Abdullah-Najib, walaupun jawapannya tidak memuaskan.

Kamaruzaman memaklumkan bahawa desakan yang terkandung dalam surat Mohamad Sabu bertarikh 4 September 2006 telah dibawa ke mesyuarat khas SPR, yang diadakan pada bulan Disember 2006 dan keputusan mesyuarat itu seperti berikut:

Tuntutan Pertama: Rakyat yang berumur 21 tahun secara automatik dijadikan sebagai pengundi berdaftar.

Jawapan SPR: Suruhanjaya ini berpendapat bahawa urusan mendaftarkan rakyat berumur 21 tahun ke atas sebagai pemilih secara automatik adalah kurang sesuai. Ini kerana terdapat sebahagian rakyat Malaysia yang telah berpindah tempat bermastautin tetapi tidak membuat permohonan pertukaran alamat dengan Jabatan Pendaftaran Negara. Jika SPR mendaftarkan mereka di alamat yang tertera dalam kad pengenalan pada hal mereka sudahpun berpindah ke satu alamat baru, maka pemilih tersebut sudah tentu tidak mengetahui di manakah tempat pengundian mereka. Akibatnya, pada hari mengundi tidak ramai pemilih berdaftar yang akan keluar mengundi sehingga menyebabkan peratusan pengundian akan berkurangan. Perkara ini sama sekali tidak menggambarkan keadaan sebenar pemilihan sesebuah kerajaan dalam sesuatu pilihan raya.


Alasan x leh pakai. Kan rang daftar pemilih akan dipamerkan untuk bantahan? Kalu takde nama boleh hubungi SPR negeri. Kalu korang x check nama tempat pengundi tu salah korang bukan SPR. Kalu takde masa kan bleh check kat website SPR. Apa la punya alasan...

Tuntutan Kedua: Mewajibkan penggunaan dakwat-tanda ke atas jari para pengundi yang telah mengundi.

Jawapan SPR: Suruhanjaya ini mengambil maklum cadangan untuk menggunakan dakwat-tanda ke atas jari pengundi bagi membuktikan seseorang pengundi itu telah keluar mengundi. Bagaimanapun, SPR sedang meneliti beberapa alternatif lain seperti penggunaan cap jari pada daftar pemilih atau biometriks sebagai pengesahan bahawa seseorang pemilih itu telahpun mengundi.

Kalu guna biometriks mahai sangat kos dia. Lagipun ianya terdedah kepada unsur pengkhianatan lagi. Guna dakwat jari kan mudah! Murah lagi. Kalu boleh jimat sampai RM100 juta kan bleh bagi buku teks percuma kepada semua pelajar?

Tuntutan Ketiga: Penghapusan pengundian secara pos.

Jawapan SPR: Suruhanjaya ini memutuskan bahawa pengundian pos akan terus dikekalkan kerana ia merupakan amalan sejagat antarabangsa. Selain itu, urusan pengundian pos dibuat secara telus tanpa dipengaruhi mana-mana pihak. Andainya ada pihak-pihak yang meragui keputusan undi pos, maka perkara tersebut hendaklah dibawa melalui petisyen pilihan raya. Untuk makluman tuan, sehingga kini belum ada tohmahan mengenai penyelewengan undi pos yang dapat dibuktikan melalui proses keadilan di mahkamah.

Kalu amalan sejagat pun tapi tak telus buat apa nak ikut? Jamin ka ketelusan kalu wakil calon bertanding tak dibenarkan melihat proses pengundian dalam kem/balai? Yang indonesia & India guna dakwat kat jari tak antarabangsa lagi? tak nak plak ikut
Tak boleh ka tok bon mengundi secara terbuka? Depa menjaga tempat undi tapi kena mengundi dalam balai?


artikel penuh bertajuk Menunggu perhimpunan 100,000 untuk bawa mesej Batu Talam

Thursday, February 1, 2007

Tradisi Membela Rakyat?



TPM berjanji akan mengkaji penurunan harga minyak. Apa nak kaji lagi Dato'. Umumkan hari ni esok turun harga. Selesai. Kalu naik balik harga, umum la plak naik harga. Susah ke?

Jangan bimbang! kami tak macam Indonesia yg rakyatnya bangkit merusuh bila harga minyak naik. Kami cuba berdemo je. Lagipun kalu nampak meluat tengok kami berdemo hantarlah FRU untuk menyuraikannya. Jangan bimbang! Kami tak melawan punya.

Masa naik harga kata terpaksa tanggung subsidi kepada rakyat. Duit subsidi digunakan untuk rakyat semula. Kalu harga minyak turun, subsidi bagi kat sapa? PMB?


p/s: Mungkinkah ini satu lagi contoh tradisi membela rakyat?

Monday, January 29, 2007

Blog terbaru

Segala komen/kritikan aku tentang politik/isu semasa akan dipublish di sini tidak lagi di musafirlalu. Musafirlalu hanya akan memfokuskan tentang perkara selain politik/isu semasa sahaja. Sekian. Terima kasih.