Wednesday, February 7, 2007

Rasuah zaman Pak Lah

Bukti-bukti tentang wujudnya ‘RASUAH’

1. Projek binaan MRR2 . Harga Kos Pembinaan ialah RM238.8juta. Kerajaan terpaksa menampung kos baikpulih kepada pakar dari Jerman berjumlah RM 70 juta walaupun telah disahkan bahawa kerosakkan tersebut berpunca dari faktor rekabentuk yang tidak sesuai. Kenapa kerajaan yang membayar kos baik pulih tersebut?

2. Pusat Latihan Tentera Laut yang berharga RM198 juta.Baik pulih kerosakkan ialah RM13 juta . Baik pulih ini sepatutnya ditanggung oleh pihak kontraktor.Kenapa pihak kerajaan yang membayar kos baik pulih tersebut?

Kontraktor yang sama ini juga telah dianugerahkan pula suatu projek bernilai RM320 juta oleh Bank Negara.

3. Kos Asal pembinaan Bangunan Matrade ialah RM167 juta. Kos siap setelah 9 tahun lewat ialah RM287 juta. Kontraktor berkenaan , Peransang Antarabangsa Sdn Bhd adalah anak syarikat Kumpulan Hartanah Selangor Bhd.(K.Hartanah) merupakan sebuah syarikat pelaburan kerajaan N.Selangor. Pada Julai 2004, K.Hartanah telah menjual Perangsang kepada Tajuk Modal Sdn Bhd dengan nilai RM2. Pengarah Tajuk Modal ialah Chong Sang dan Yap Fook Sang.Mengapa syarikat kepunyaan negeri Selangor ini boleh dijual kepada dua orang bangsa cina tersebut? Ada apa kaitannya?

artikel penuh di sini

Adakah ini membuktikan kecekapan kerajaan sekarang?

No comments: