Sunday, May 13, 2007

Sejak bila aku tak sokong UMNO ?

Aku mula tak mengundi UMNO pada pilihanraya 1998. Ada sebab utama kenapa aku berbuat demikian. Padahal sebelumnya aku adalah UMNO totok.

Apabila tanah Felda Sungai Buaya dijual pada 1994 & penerokanya menjadi jutawan, tempiasnya terkena pada kampung aku. Kampung aku juga felda terletak di sempadan Perak Selangor(tak jauh dr Sg Buaya).

Masa itu berbagai2 janji ditaburkan. Setiap peneroka akan mendapat RM1.2 juta, banglo sebijik & pelbagai janji2 manis. Semenjak dr Ramli Ngah Talib hinggalah Tajol Rosli Ghazali(MB Perak) rancangan itu tidak pernah berjaya.

Dalam tahun 1997-1998 mula terdengar bagaimana peneroka Sg Buaya merasakan diri mereka tertipu. Mereka hanya mendapat bayaran 10% drpd jumlah jualan. Selepas beberapa bulan menerima bayaran tetap RM1 ribu sebulan pembeli(pemaju Bdr Sungai Buaya) mula tidak membuat bayaran.

Ketika perjanjian ditandatangani pun timbul beberapa kecurigaan. Agreement jualan ditandatangani secara tergesa2. Anak2 peneroka tidak dibenarkan menyemak kandungan perjanjian yg ditulis dlm bahasa Inggeris. Akibat duit lesap & tanah tergadai.

Apa boleh buat? Org tengah yg paling berjasa hasil perjanjian itu ialah MB Selangor yg kini menjawat Ketua Penerangan UMNO. Dia juga yg heboh dengan 2 beg penuh berisi duit di Australia.

Pilihanraya 1998 berlalu tanpa tiada pembelaan terhadap nasib 363 peneroka Sg Buaya. Hingga sekarang impian mereka yang nak jadi jutawan kini jadi tak ketahuan.

Dari sini aku mula nampak.

- UMNO bongkak akibat terlalu lama berkuasa. Kesian sungguh pada peneroka felda(felda lain2 semuanya sama) Sg Buaya yg totok UMNO. Yg menipu mereka ialah pemimpim yg mereka sokong. Dulu, kini selamnya.
- dalam UMNO jangan bimbang anda akan dijel.Selagi anda tak melawan(pandai ampu gak) boss, anda selamat.
- org masuk UMNO sekarang kerana nak duit. Semakin tinggi jawatan anda makain banyaklah ganjaran yg diterima. Dari kain pelikat, kain batik, kopi, gula & beras sekampit hinggalah wang berjuta. Asalkan anda tetap menyokong UMNO.

Beza UMNO(zaman tun Razak) dulu ngan UMNO(zaman TDM & AAB) sekarang.


- dulu UMNO bg tanah. la ni dahla jual tanah melayu(termasuklah kes tanah Ali baba), tanah rizab melayu yg hilang(dijual) tak digantikan semula.

- dulu pemimpin berjuang untuk rakyat. Berapa harta TAR & tun Razak bila depa mati? Berapa pula harta TDM bila pencen?Bagaimana anak2 beliau. AAB toksah cakap la. Naik2 dia, anak terus jd jutawan.

- UMNO dulu cukup pantang kalu dengar murtad. W/p aku tak solat, tp jangan ada org cakap aku murtad. Aku sanggup berdemo membantah murtad( kes Natrah). la ni? kes Lina Joy. Ada UMNO nak merusuh besar2an cam kat Singapura dulu...

p/s: Aku tak nampak camna UMNO sekarang ni bela nasib Melayu. Isu Maybank, WPI calon BN di Ijok dll menunjukkan bahawa UMNO banyak mengenetepi Melayu.
Tentang mendaulatkan islam lagilah tak nampak. Tera Majlis Fatwa Kedah mengharamkan rokok & Mufti Perak kata SureHeboh(kini JomHeboh) haram pun tak ikut.

Aku boleh sokong UMNO jika aku nampak at least UMNO tolong org Melayu. Jangan Melayu akan semakin layu di bumi(asal nama Tanah Melayu. Apsal tukar Malaysia?) jadi sendiri. Kalu ikut kata Sang Kelembai yg tinggal Melayu kat negara ini cuma KTM. Itupun pengerusinya cha ya nun alif.

No comments: